Laman Utama / Prosedur Permohonan Tenaga Pengajar

Prosedur Permohonan Tenaga Pengajar

Dikemaskini Oleh : Pentadbir Portal
Tarikh Kemaskini : 16/06/2016

PERATURAN DAN PROSEDUR PERMOHONAN SURAT SOKONGAN PAS LAWATAN IKHTISAS MENGAJAR AGAMA ISLAM BAGI WARGANEGARA ASING

TENAGA PENGAJAR WARGANEGARA ASING
 
AM

1.    Panduan ini disediakan kepada penganjur/ institusi berkaitan bagi menjelaskan peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa agama Islam di Malaysia mengenai permohonan surat sokongan Pas Lawatan Ikhtisas (PLI) untuk tenaga pengajar warganegara asing mengajar agama Islam di Malaysia.

DEFINISI

2.    Tenaga pengajar warganegara asing ialah individu beragama Islam yang datang ke Negara ini untuk mengajar agama Islam di sekolah/ institusi pengajian bantuan Kerajaan, badan berkanun, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) atau swasta yang berdaftar dengan Kerajaan atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN)/ Majlis Agama Islam Negeri (MAIN)/ Jabatan Mufti Negeri.

PROSEDUR PERMOHONAN

3.    Setiap permohonan perlu mengisi borang permohonan secara dalam talian (online) mengikut kategori permohonan melalui Sistem Sokongan Pas Lawatan Ikhtisas di http://e-ikhtisas.islam.gov.my

4.        Dokumen-dokumen ASAL yang perlu disertakan secara imbasan (scan) dan dimuatnaik ke dalam sistem ialah:

4.1.    Pasport antarabangsa (halaman hadapan termasuk halaman tarikh tamat pasport);
4.2.    Sijil kelulusan/ pendidikan tertinggi. (Salinan sijil tidak diterima); 
4.3.    Surat Tauliah Mengajar daripada JAIN/MAIN/Jabatan Mufti;
4.4.    Pas Lawatan Ikhtisas (VISIT PASS Professional) terkini bagi permohonan lanjutan ;
4.5.    Surat Kepolisian Indonesia yang belum tamat tempoh semasa permohonan
          (tenaga pengajar warganegara Indonesia sahaja); dan
4.6.    Sijil-sijil dan dokumen lain untuk menyokong permohonan (jika ada).

5.    Permohonan tidak akan diproses / disokong jika maklumat yang diterima tidak lengkap.

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN

6.    Syarat-Syarat Tenaga Pengajar

6.1.    Tempat mengajar hendaklah di Institusi Pengajian Agama yang berdaftar dengan JAIN/ MAIN/ Jabatan Mufti Negeri;
           ** Institusi Pengajian Agama ialah maahad/ madrasah/ masjid/ surau dan mana-mana premis yang menawarkan bidang pengajian Islam;  
6.2.    Had umur tenaga pengajar adalah sehingga 60 tahun sahaja;
6.3.    Pemohon hendaklah mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya Sijil Tinggi/ Diploma dalam bidang Pengajian Islam/ Syariah/
          Usuluddin/ Bahasa Arab/ Quran / Tahfiz. (Sijil sementara/ شهادة مؤقتة tidak diterima);
6.4.    Bagi jawatan guru tahfiz al-Quran, pemohon mestilah mempunyai Sijil Kelulusan Tamat Pengajian Tahfiz al-Quran dari Institusi
          Pengajian Tahfiz di dalam atau luar negeri;
6.5.    Sijil menghadiri mana-mana seminar/ kursus adalah TIDAK LAYAK untuk memohon sebagai tenaga pengajar di negara ini;
6.6.    Pemohon hendaklah LULUS temu duga yang dilaksanakan oleh pihak JAIN/ MAIN/ Jabatan Mufti di negeri pemohon akan mengajar;
6.7.    Pemohon WAJIB memiliki surat tauliah mengajar daripada JAIN/ MAIN/ Jabatan Mufti Negeri;
6.8.    Berkelakuan baik dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah di Malaysia atau di negara asal;
6.9.    Sepanjang tempoh mengajar di Malaysia pemohon hendaklah mematuhi syarat-syarat seperti yang berikut:
a)    Berpegang kepada Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah;
b)    Tidak menyentuh apa-apa yang berhubung kebesaran, kemuliaan, kedaulatan dan kuasa-kuasa Seri Paduka
       Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Negeri-negeri;
c)    Tidak menyinggung perasaan mana-mana kaum, agama, adat  resam dan budaya penduduk tempatan yang boleh
       membawa ketegangan kaum dan agama;
d)    Tidak merendahkan perkara-perkara khilafiah yang terdapat di dalam mazhab empat;
e)    Tidak dibenarkan menyertai atau menyentuh fahaman mana-mana parti politik yang boleh menimbulkan kekeliruan
       dan perpecahan di kalangan umat Islam;
f)     Tidak menyentuh secara langsung peribadi orang perseorangan;
       dan
g)    Pemohon tidak dibenarkan melakukan apa-apa pekerjaan lain atau melibatkan diri dalam perniagaan sama ada sementara, sambilan atau sepenuh masa.

6.10.   Sekiranya tenaga pengajar ingin bertukar ke penganjur baharu, mereka perlu mendapatkan Surat Penamatan daripada
          penganjur terdahulu; dan
6.11.   Pemohon hendaklah mematuhi undang-undang, peraturan-peraturan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Jakim, JAIN,
          MAIN, Jabatan Mufti Negeri, Jabatan Imigresen Malaysia atau jabatan, agensi dan pihak berkuasa  berkaitan di Malaysia.

7.      Syarat-syarat bagi Pihak Penganjur/ Institusi Pengajian

7.1.    Syarat-syarat yang perlu dipatuhi:
a)    Institusi pengajian yang mengambil tenaga pengajar warganegara asing hendaklah berdaftar dengan JAIN/ MAIN/
       Jabatan Mufti Negeri;
b)    Penganjur perlu mendapatkan Nama Pengguna (ID) dan kata laluan (password) daripada JAIN/ MAIN/ Jabatan Mufti;
c)    Setiap institusi pengajian hanya dibenarkan melantik tenaga pengajar warganegara asing sekiranya tiada warganegara
       Malaysia yang berkelayakan bagi jawatan tersebut;
d)    Setiap institusi pengajian perlu menetapkan jadual waktu mengajar yang berbentuk harian dan sepenuh masa,
       sekurang-kurangnya dua puluh (20) jam seminggu mengajar di premis yang dimohon bermula jam 7.30 pagi;
e)    Jadual mengajar perlu mengandungi maklumat seperti yang berikut:
i.     nama tenaga pengajar;
ii.    hari mengajar; dan
iii.   masa pengajian.
       dan
f)     Had maksimum pengajar warganegara asing di sesebuah premis:
i.     Masjid   : 2 orang sahaja;
ii.    Surau    : Seorang sahaja;
iii.    Lain-lain Institusi Pengajian : 5 orang sahaja.

7.2.    Perhatian:
a)    Pihak penganjur/ institusi pengajian perlu mendaftar secara dalam talian untuk setiap permohonan bagi pihak tenaga pengajar;
b)    Pihak penganjur diminta untuk menguruskan proses permohonan lanjutan dan permohonan baharu selewat-lewatnya
       enam (6) minggu sebelum tamat tempoh Pas Lawatan Visa Ikhtisas bagi mengelakkan masalah kelewatan proses
       seterusnya. Jakim tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang masalah yang timbul disebabkan kecuaian dan
       kelewatan penganjur;
c)    Pihak penganjur diminta untuk menyemak status keputusan permohonan secara dalam talian sebelum datang ke
       Jakim/ JAIN/ MAIN/ Jabatan Mufti Negeri untuk mendapatkan surat sokongan PLI;
d)    Pihak penganjur hendaklah memastikan semua syarat seperti di para 6 dipatuhi sepenuhnya, dan
       bertanggungjawab ke atas apa-apa pelanggaran syarat oleh pemohon; dan
e)    Semua kos pengurusan dan apa-apa tanggungan kerugian yang timbul dari mana-mana pihak atau disebabkan
       perlanggaran syarat, ianya adalah di bawah tanggungjawab pihak penganjur sepenuhnya.  

8.    Keputusan permohonan surat sokongan PLI boleh disemak melalui sistem dalam tempoh 14 hari bekerja. Sebarang keputusan yang dikeluarkan Jakim adalah MUKTAMAD.

9.    Jakim berhak membuat cadangan penamatan pas yang telah dikeluarkan, kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia sekiranya terdapat salah laku atau ketidakakuran kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

PAUTAN

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Jabatan Imigresen Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
MAMPU

[IP Anda : 10.29.207.79]
Halaman ini mengambil masa 0.027 saat untuk dipaparkan.

Maklumat AM


Penafian:- Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

JUMLAH PELAWAT TERKINI

716,040

Pengunjung Online : 4
Hari Ini : 130
Minggu ini : 130
Bulan ini : 21589
Tahun ini : 97204
Kemaskini terakhir : 14/04/2021

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox 3.6 dan Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1024x768. Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Hak Cipta © 2024, JAKIM. Hakcipta Terpelihara. Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.